Abdullah Hj Ahmad masih keliru.

source:  http://sangkelembai2006.blogspot.com/2008/03/abdullah-hj-ahmad-masih-keliru.html

PUTRAJAYA 12 Mac 2008

Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat
kenyataan yang boleh mecetuskan ketegangan kaum.
Lim,
selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu
tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Utusan Malaysia 13hb
Mac 2008
Tidaklah diketahui bahawa
memperkatakan DEB-Dasar Ekonomi Baru sudah menjadi perkara hasutan
dalam Akta Hasutan, bila mana Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad
memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng
akan tidak melaksanakan DEB dalam pentadbirannya.

Bila masanya
DEB akan merujuk soal Melayu atau kepentingan adat istiadat Melayu atau
pun Kedaulatan Raja Melayu. DEB hanya sekadar sebuah dasar atau garis
panduan BN-Barisan Nasional bagi melaksanakan usaha-usaha supaya tidak
berulang lagi apa yang dikatakan Peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca
soal ekonomi yang melibatkan semua kaum, baik dia berketurunan Melayu,
China atau India dan termasuk etnik dan peribumi Sabah dan Serawak.

Bila
bentara guru Abdullah Hj Ahmad yang bernama Musa Hitam dengan berani
nya memperkatakan bahawa perlaksanaan WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar
tidak melibatkan kepentingan orang Melayu yang bersesuaian dengan DEB,
kenapa pula Abdullah Hj Ahmad tidak membuat kenyataan seperti yang
dibuat untuknya kepada Lim Guan Eng. Hanya kerana Musa Hitam seorang
penyokongnya atau kerana Lim Guan Eng seorang Cina? Apakah Abdullah Hj
Ahmad menjerit setiap kali menutup perhimpunan agung UMNO dengan
perkataan Hidup Melayu itu tidak perkauman? Apa pandangan seorang bukan
Melayu terhadap seorang yang mendakwa seorang Perdana Menteri berbagai
kaum.

Semua orang tahu bahawa DEB zaman Abdullah Hj Ahmad ialah
merujuk kepentingan perniagaan anaknya Kamalludin Bin Ahmad yang
membolot dan merompak di siang hari melalui syarikatnya Scommi.
Perniagaan anak menantunya yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar yang
menghapuskan nama Bank Bumiputra dan Kalilimullah Meor Hassan yang
pernah disahkan oleh SBM-Special Branch Malaysia sebagai seorang agen
SIS-Singapore Intelligent Service yang menyapu bersih Avenue Berhad di
mana Post Malaysia bernaung di bawahnya dalam konsep penswastaan. Belum
termasuk lagi adiknya Ibrahim Hj Ahmad yang mengambil katering Mas
dengan harga yang tinggi dan Katering Kementerian Pertahanan tanpa
tender.

Ini memberi pengertian Dasar Ekonomi Baru tidak memberi
makna kepada orang Melayu khasnya Melayu Pulau Pinang, di mana pernah
ditulis kalau hendak kaya cepat pergilah mencari ibu-ibu tunggal walau
pun bertaraf nenek di Kepala Batas kerana sudah pasti Abdulah Hj Ahmad
akan memberi tender jutaan ringgit seperti yang diberikan kepada Syarif
Udang yang kerja hanya mencium tangan Abdullah Hj Ahmad.

Abdullah
Hj Ahmad memang diketahui umum banyak urusan negara ini di atur dan
diputuskan oleh anak dan menantu. Itu sebab sehingga sekarang Abdullah
Hj Ahmad tidak pernah menafikan bahawa surat-surat yang dihantar
kepadanya kemungkinan juga surat-surat dalam fail merah yang berpangkah
dan tertulis Rahsia Besar dibaca oleh anak dan menantu.

Tetapi
yang tidak terelak untuk dinafikan ialah keputusan memberi
tender-tender terutama dalam Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
banyak mengikut telunjuk dari Khairy Jamalludin. Itu sebab pembantu
peribadi kepada menantu nya juga mempunyai banyak harta hasil daripada
tumbuk rusuk yang dibagi oleh mereka yang berurus dengan boss-nya.
Setelah
tidak mahu membaca kesemua kertas-kertas khasnya kertas kebinet maka
banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan “Invisible Government” tidak
diketahui oleh Saya Perdana Menteri, Abdullah Hj Ahmad. Itu sebab
kadang kala hanya untuk mengetahui keputusan untuk melantik seseorang
sebagai Pengerusi badan berkanun sahaja yang dicadangkan oleh Menteri
yang mana berkenaan memakan masa berbulan lamanya untuk mendapat semula
keputusan Abdullah Hj Ahmad.
Satu tabiat
Abdullah Hj Ahmad yang tidak diketahui orang ialah jarang datang ke
pejabat sama ada di pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri. Dia hanya nampak bekerja bila mana merasmikan
atur cara rasminya atau setiap bulan dilihat menghadiri perhimpunan
bulanan di Pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri, selain itu kakitangan di Perdana Putra memang mengakui
jarang nampaknya dia berada dalam pejabatnya.
Maka
keputusan rakyat menolaknya parti yang bernama UMNO dan Barisan
Nasional, adalah satu keputusan yang mulia lagi berani bagi mengelakkan
negara ini lagi jahanam kerana ditadbirkan oleh seorang Perdana Menteri
yang pemalas, banyak tidur dari jaga. Sudahlah mempunyai sikap yang
sedemikian, bodoh tetapi sombong, cerdiknya yang tak boleh di ikut,
kebodohan tidak boleh di ajar.
Hari ini
UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa di lima negeri atau ayat penuh
enam setengah kerana kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan
dan Negeri Sembilan hanya diperintah majoriti mudah. Dengan keputusan
itu pun Abdullah Hj Ahmad masih tidak insaf. Dan sudah pasti baki
pemerintahannya sebagai Saya Perdana Menteri dia akan memperalatkan
UMNO/Barisan Nasional untuk mencari harta bertimbun-timbun seperti mana
dengan sajak Mencari Damai Abadi termasuk hidup berfoya-foya kerana
yang dikatakan tidak, itulah yang sebenarnya yang dilakukan.
Sang Kelembai:
Rakyat mesti menghalalkan rasuah yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad
jika dia meletakan jawatan dalam masa yang terdekat, biarlah dia hidup
mewah dengan harta rompakan dari air mata rakyat di Australia dengan
rumah, Jet dan kapal mewahnya dan isteri cantiknya. Kalau tidak kita
tunggu empat tahun lagi, kita tumbangkan kerajaan BN dan minta
diwujudkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih untuk menyiasat penyelewengan
yang dilakukan semenjak Oktober 2003 dan mendakwa sehingga dia
menamatkan hidupnya dalam penjara.

Leave a Reply